Kelas Asas ICT dan NADI Safe Shield Tahun Satu
22 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2024 (Sabtu), NADI Sg. Bandung telah mempromosikan Program Smart Services yang terdapat di NADI Sg. Bandung. Petugas NADI telah menjemput pelajar-pelajar sekolah rendah tahun 1 untuk menyertai aktiviti iaitu NADI Safe Shield berkaitan dengan Buli Siber dan Cyber Grooming. Selain itu, petugas NADI juga menyediakan aktiviti lain iaitu kelas asas ict dan kuiz e-learning dalam talian.
Seramai 9 orang pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Plaman Baki/Menaul telah menyertai aktiviti NADI Sg. Bandung dan pelajar-pelajar tersebut telah diajar cara untuk mengeja dan menaip di dalam Microsoft Words. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut diajar menggunakan papan kekunci dan kegunaannya. Petugas NADI juga mengajar pelajar-pelajar tersebut menggunakan Google dan bagaimana membuat carian di dalam Google.
Untuk kelas E-learning, petugas NADI Sungai Bandung telah mengajar pelajar-pelajar mengenal komponen komputer di dalam Wordwall. Ini bagi memberikan pengenalan kepada pelajar-pelajar berkaitan asas komponen komputer yang perlu mereka ketahui. Selain itu, pelajar-pelajar juga diajar mengenal five senses melalui permainan dalam talian ABCYA.
Selain itu, petugas NADI juga telah membuka tayangan video Safe & Shield (KDB) kepada pelajar-pelajar tahun 1 tersebut bertujuan untuk memperkenalkan asas keselamatan dalam talian kepada kanak-kanak. Petugas NADI telah membuka video Klik Dengan Bijak berkaitan dengan Buli Siber dan Cyber Grooming. Hal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai bahaya buli siber yang boleh menyebabkan seseorang boleh menjadi murung, resah atau penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Cyber Grooming pula ialah menjalinkan perhubungan emosi dengan kanak-kanak atau remaja bagi tujuan penderaan sek, eksploitasi atau pemerdagangan seks. Ini bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tersebut bahayanya penggunaan telefon pintar tanpa dipantau oleh ibu bapa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: